Q&A Matrikulasi PART 3

 Q: Kalau sem 1 dapat pointer rendah nanti kena tendang dari kolej ke?

A: pointer rendah jangan bawah 2.0 je.tapi kalau dapat tepat 2.0 sem1 ok jap agi cite. kalau pointer bawah 1.99 akan diberi amaran dan akan turun ambik program 4semester/PDT. (pelajar bumiputera sahaja). ada kenalan saya di matrik pointer sem1 dia sem1 2.23 dan sem2 1.7 so total pointer bawah 2. diberi peluang mengulang matrik which kalau dia gagal sekali lagi dapat pointer bawah 2 akan dibuang dari matrik. tapi agak susah untuk matrik buang pelajar. gagal sekali masih ada budi bicara nak mengulang. ok kalau dapat pointer 2.0 or 2.1, 2.2, awak lulus tapi saya nasihatkan awak mohon pertukaran ke pdt/4semester. sebab agak sukar nak dapat sambung ijazah di ipta dengan pointer begitu. untuk belajar pdt pulak saya tak pernah dengar lagi pelajar pdt gagal sebab masa tahun pertama carry mark 60% markah so agak sukar nak gagal sebab exam 40 je%. tapi bile pdt dah masuk pst (sem3) kena jaga jaga sebab 40% carry mark, 60% exam. pasal buang matrik tu kalau awk gagal dua kali. setelah diberi surat amaran. 


Q: Mcm mana tips nak dapat 4 flat?

A:1. fokus dalam kelas, jgn main main. 

2. tak faham tanya lecturer yang kita selesa 

3. buat past year after habis chapter 

4. kenali diri awak, cara belajar mcm ne. 


Q: Tips score pspm1?

boleh baca posting ni 👉👉👉klik 


Q: Kalau saya keluar matriks, masuk asasi yuran kira burn lah kan?

A: Ya kira burn, sebab yuran tu actually akan dapat baju ko-k matrik and tuala or beg. elaun kalau awk masuk asasi or ipg x perlu bayar. kalau masuk diploma rasanya kena bayar elaun. tapi better tanya HEP. 


Q: saya rasa mcm tkleh bawak lah subjek dia...adakah sy patut kluar matrik..sbb matrik ni mcm utk yg betul2 cepat tangkap..

A: pendapat saya subjek di matrik bukan untuk orang bijak or cepat tangkap. saya pon jenis lambat, saya kalau masuk lecture 5% je phm topic tu. so kite balik kena baca dalam 3-5 kali lagi untuk faham. so key dia kerajinan. matrik ni amat memerlukan usaha dan kerajinan. bijak tapi malas xde guna jgk. nasihat saya awk kena rajin bertanya dkt pensyarah awak ke kawan ke or rujuk buku kalau tak faham. 

Q: susah tk pspm?

A: tengok soalan past year, buat then semak jawapan. awak akan tahu aras soalan dia level mane. so bat je past year kalau nk lagi bagus beli buku from SAP tu sebab biasanya dh ada cadangan jawapan. 


Q: Nak tips jgn malas belajar pleaseee,tips hilangkan rasa ngantukkk

A: Awk kena ada motivasi la. cari motivasi diri awak. tanya why aku dkat matrik.nak hilangkan mengantuk dalam kelas duduk depan. saya pun dekat matrik malas jugak tapi kena pandai bahagi masa. kita student tak lari dari malas which nk jgk kan cheat time. so normal je malas tu tpi jgn plk minggu tu tak study langsung. saya pun dulu selalu mengantuk dalam kuliah. tapi saya suka rakam lecture after kelas balik bilik dengar je balik lecture tu. 


Q:Macam mana nak dapatkan keyakinan diri.Sentiasa rasa malu nak berhadapan dengan orang.sy hanya budak biasa datang dari kawasan luar bandar,sekolah harian biasa yang pastinya tak sehebat orang lain..Saya takut nak hadap muet.semua classmates saya cakap english laju je...saya masih lagi merangkak.

A: saya pon ada perasaan sama mcm awak masa mula mula masuk. lama-lama perasaan tu akan hilang kalau kite terima diri kita dan baiki kekurangan kita. saya pon masuk matrik dikelilingi oleh bdk mrsm sbp jugak. kite tk boleh lari dari mereka. mereka datang dari sekolah mcm STF,TGB,SMACH,SAMURA. saya faham perasaan awak. yang awk boleh buat terima je diri awak dari mane. actually tu cuma perasaan awk yang terlampau negatif je. pasal muet awk kena bnyk practice, cari kawan baik yang boleh tolong awak. saya masuk matrik english pon tunggang langgang, grammar xtau. tapi awk kena la cari kawan yang boleh bantu awk kalau tak boleh nk belajar sendiri. saya suka ngn budak india kelas saya. so saya bile nak dekat exam muet berlatih speaking writing listening ngn dia. so practice make perfect. 


Q: Formula fizik banyak nak kena hafal , perlu ke hafal

A: Fizik matrik takperlu hafal formula pun. Actually dalam exam dia bagi ada dalam 78 formula sem1. memang akan dibagi je. so bile dah bagi tak nak hafal pun takpe.. nk hafal lagi bagus tapi aku hafal n ingt sebab bile kita bnyk buat latihan kita automatic akan ingt.. aku ade je 1-4 formula x ingt masa exam. so rujuk je list of formula tu Tak yah la stress pasal formula tu. so kalau awal awal x ingt formula jgn stress. percaya aku ckp masa akan mematangkan kita dlm usaha nak ingat n faham formula tu Korang just kena tahu nak 

1. Guna formula untk soalan mana n apa 

2. Kena tahu n define semua simbol

 3. Kena pandai alih-alih formula tu. 

4. kena faham formula baru ingat n hafal. Inshallah lekat dalam kepala


Q: buku rujukan apa awak guna di matrik ?

A: boleh baca posting ni 👉👉👉 KLIK


Q: macam mana awak urus masa di matrik ? / Cara awak belajar ?

A: saya pon tak reti nak nasihat orng pasal urus masa. but boleh baca pengalaman saya cerita dalam posting ni 👉👉👉 klik

aqswo




Comments