😂How to manage time and cara study at matrik
bagi aku Study tu kira mcm review balik chapter yang dah kita belajar supaya kita lebih faham. so bila kita review chapter tu contoh la chapter DNA so kita buat mcm simple note untk chapter tu. sebab ramai yg salah faham antara buat homework dengan study. so in my opinion dua benda ni beza
Kena buat list apa benda yang kita tak faham. list tu aku buat dalam phone je. buat dekat app Note dalam iPhone. so buat la list. contoh mcm listkan benda yang kena siapkan awal, benda yang tak faham dalam kuliah so bila balik review la balik chapter tu
contoh list aku buat dulu
✅ tutorial math
✅ review mind map lipid
✅ tak faham latihan trigo
so bila dah ada list mcm ni spend skit masa 1 jam nk siapkan every list tu.. kalau aku aku tak ada jadual belajar so masa dan subjek aku nak study ikut aku suka nk study apa.
tapi if korang suka jadual buat la jadual tpi ikut la jadual tu..
contoh la. aku prefer study malam sebab petang lepas kelas aku buat homework. mcm lab report ke tuto ke
pukul 9-11 aku study bio or fizik
pukul 11-12 aku tgok video kimia kt youtube
pukul 12 keatas mmg dh tido..
tpi if hari minggu waktu tido aku pukul 2 plg lewat..
Make sure yg korang study tu ambik kertas tulis bagi ingat.. sebab kita masing masing ada cara belajar ada yang dengar, ada yang baca kuat baru ingat fakta. aku ingt rumet aku hafal bio kuat gila suara. tapi bagi aku aku guna 3 teknik belajar iaitu guna MATA,TELINGA,TANGAN so lebih efektik bila kita tengok lecturer ngajar/video dan kita dengar kemudian tulis lagi senang ingat.
make sure bila study tu jgn study dri bab mula mula hingga akhir sbb ni bukan fast reading.. if korang x faham..contoh la bab1 bio bab1 make sure korang spesifik kan part yang tak faham tu. contoh DNA and RNA.
so bila baca tengok note, kemudian buat mind map..
Untk korang yang cakap Matrik ni laju sebab korang tak pandai nak adapt dengan time di Matrik lagi sem1 mmg mcm tu. so aku tak galakkan korang turun cafe malam lama sangat. dah siap makan terus naik sbb boleh avoid korang buat aktiviti xde faedah mcm borak kosong, gossip pasal crush tu satu kuliah ngn aku la.. baik korang naik buat revision skit.. nanti sem2 if korang rasa dh boleh adapt turun la ke cafe lama skit.. borak borak lama skit if dh bolh adapt la..
so tu kot cara nk elak aktiviti x sihat..
if korang yg mudah tertidur bila study tu jgn la study sambil tidur atas katil kan ada meja.
aku dulu mula mula study atas meja if lenguh duduk atas katil.. then kast atas lantai (ada tikar) sediakan tikar. pergi study dekat lobby blok or cafe.
if korang mudah terpengaruh dengan aktiviti x sihat. kena pandai pilih kawan. sebab kau kena ada support system yang sokong kau untk tempoh 1tahun kt matrik. kawan biar ramai tpi kena ada kawan yg rapat yg boleh bagi nasihat kat kau. masa sem1 ni mmg x nmpk lgi sapa. bila sem2 kau nampak la sapa orang tu ..
Comments
Post a Comment