Cara Beli UPU BSN

Untuk pelajar lepasan SPM/STPM/MATRIKULASI/ASASI/SETARAF yang mahu sambung pelajaran di universiti atau lain-lain tempat pengajian tinggi, sila baca cara beli no PIN UPU terlebih dahulu.

Anada mesti dapatkan Nombor ID yang unik atau Nombor Pin daripada mana-mana kaunter BSN, ATM atau melalui SMS.

Simpan elok-elok Nombor ID Unik ini kerana anda perlu memasukkannya semasa mengisi borang permohonan UPU secara online.

Bagaimana cara beli no PIN UPU secara online?

1. BUKA MYBSN (Online Banking Mybsn)

2. Log Masuk akaun Anda (Daftar dengan menggunakan Kad ATM BSN jika belum Mendaftar) 

3.  Pilih Pin Purchase 

4. Next Pilih , Organization UPU

5. Pilih Kategori Permohonan anda SPM or STPM/SETARAF 

6. Lengkapkan Maklumat contoh No IC 
(anda boleh beli no Pin BSN untuk kawan² saudara mara dan etc dengan memasukkan no kad pengenalan mereka , untuk yang tidak mempunyai Akaun MYBSN)

7. Selesai. Catat dan Simpan no pin anda

Cara beli no PIN UPU dengan kad ATM BSN

Untuk memudahkan urusan, kami sarankan agar buka sahaja akaun Bank Simpanan Nasional. Klik sini untuk baca cara daftar BSN dan dapatkan kad ATM. Tambahan lagi, boleh terus gunakan online banking.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan BSN atau mesin ATM yang berdekatan
  2. Masukkan kad BSN anda
  3. Masukkan nombor PIN bagi kad ATM tersebut
  4. Pilih Pembelian Nombor ID (Pin) untuk UPU
  5. Pilih Program Kursus
  6. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  7. Sila simpan resit untuk simpanan dan rujukan akan datang
  8. Permohonan pembelian berjaya

 

Cara beli no PIN UPU di kaunter BSN (tanpa kat ATM)

Cara membeli nombor PIN UPU di kaunter BSN

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda
  2. Minta borang DEPOSIT/BAYARAN TUNTUTAN
  3. Jika kurang pasti, tanya dahulu di kaunter pertanyaan
  4. Isikan Nama
  5. Isikan Nombor Kad Pengenalan
  6. Tandakan tick pada Tunai
  7. Tuliskan amaun yang perlu dibayar dalam bentuk nombor
  8. Tuliskan amaun yang perlu dibayar dalam bentuk tulisan
  9. Untuk jumlah amaun, rujuk di laman web rasmi BSN untuk kadar tahun 2020
  10. Anda juga boleh rujuk amaun yang perlu di bayar di bahagian bawah artikel ini
  11. Untuk Rujukan, masukkan nama singkatan universiti dan juga kursus yang dipilih
  12. Selesai isi, ambil nombor
  13. Setelah dipanggil, pergi ke kaunter BSN untuk urusan beli no PIN UPU
  14. Bayar amaun dalam bentuk tunai
  15. Dapat resit untuk simpanan dan rujukan


Comments