Assalam dan selamat berkenalan, aku ingin berkongsi luahan yang sudah lama aku pendam di dalam hati kerana aku tidak mempunyai kawan yang akrab yang boleh dipercayai serta aku masih kekal "anonymous" di platform ini. Sejak dari dulu, keluarga aku menaruh harapan yang tinggi amat kepada aku untuk berjaya dalam bidang akademik. Sejak dari UPSR, aku berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini menyebabkan kedua ibu bapa aku berasa amat gembira kerana impian mereka untuk mempunyai seorang anak yang bijak dalam bidang akademik tercapai. Secara langsung, aku pun turut gembira kerana dapat melihat wajah kegembiraan ibu bapa aku. Namun, segalanya berubah ketika peperiksaan SPM. Walaupun aku berpuas hati dengan keputusan peperiksaan aku ketika itu iaitu 5A, namun hal ini tidak pula mengembirakan keluarga aku. Munculnya wajah kehampaan di kedua muka ibu bapaku. Bermula di saat itu, aku dicemuh, dipaksa untuk bekerja serta dimarahi dengan teruk sekiranya aku melakukan kesalahan walaupun kesalahan tersebut merupakan kesalahan yang kecil. Emosi serta kesihatan mental aku mula terjejas dek tidak tahan dengan keadaan di rumah. Namun, peluang untuk aku menebus diri aku muncul selepas mendapat tawaran matrikulasi. Aku bertekad untuk mencuba yang terbaik untuk menggembirakan semula kedua hati ibu bapa saya. Aku sedar yang aku tidak bijak dalam bidang akademik, oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mengambil bahagian secara aktif di bidang kokurikulum seperti sukan . Berkat usaha dan tawakal, aku berjaya dinobatkan sebagai pelajar terbaik bidang kokurikulum dan mendapat peluang untuk membawa kedua ibu bapaku ke pentas untuk penupacaran majlis graduasi. Namun langit tidak semestinya cerah. Selepas berakhirnya majlis tersebut, aku dimarahi oleh keluargaku kerana terlalu fokus dalam sukan dan memaksaku untuk kembalikan fokus dalam bidang akademik. Hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati aku mendengar kata2 yang merendahkan diri aku sendiri daripada orang yang aku paling sayang sehingga kini, perkataan tersebut masih jelas terdengar di mindaku. Setelah mencapai CGPA 2.93 di matrikulasi, aku ditawarkan untuk sambung pelajaran ke sarjana muda di sebuah Universiti Awam. Disebabkan pandemik Covid-19, aku tidak dibenarkan mendaftar di kolej kerana aku berada di zon merah . Walaupun kini pihak U menawarkan ODL sebagai alternatif pembelajaran , namun, kedua ibu bapa seperti hilang harapan untuk aku berjaya dalam akademik sehingga memaksa aku untuk bekerja serta menggalas tanggungjawab di rumah. Aku sejujurnya tidak kisah jika disuruh untuk melakukan kerja rumah kerana aku tidak perlu membayar sewa. Namun, aku dipaksa untuk bekerja part time di bawah seliaan keluarga aku serta aku sering diganggu ketika berada di dalam minggu orientasi. Naluri aku mengatakan bahawa aku tidak dapat membahagikan masa antara kerja dan belajar. Aku cuba untuk berbincang secara baik dengan keluarga namun aku tidak diendah dan dianggap masih bekerja kerana aku masih berada di rumah. Alangkah gembiranya aku sekiranya parti politik tidak mengadakan pilihanraya di sabah baru2 ini. Mungkin aku sudahpun berada di kolej kediaman serta dapat memberi perhatian dan fokus di dalam kelas nanti. Namun , walaupun emosi aku semakin tidak stabil dek menahan diri dari stress bekerja, aku terpaksa menahan diri untuk terus belajar secara ODL walaupun persekitaran rumah aku yang tidak kondusif serta bebanan kerja . Aku hanya mampu berdoa agar daerah aku menjadi zon kuning / hijau supaya aku dapat masuk ke kolej untuk belajar. Sekian, terima kasih admin kerana menambah perkongsian aku sini. #SiswaJagaSiswa
Comments
Post a Comment