Q: Boleh saya tahu cara pengiraan markah kokurikulum? 10% tersebut bagaimana nak peroleh sekurang kurang 9ke atas?? Terima Kasih
A: Nanti lectuter kokurikulum akan bagi buku rekod aktiviti kokurikulum so korang isi je aktiviti yang korang masuk then dapatkan tandatangan lecturer yang menyelia program tu. biasanya akhir sem2 buku tu akan dikutip. Then, biasanya sem2 juga student akan cari lectuter untuk dapatkan cop. actually dalam buku tu korang kena isi dan rekod aktiviti korang sepanjang di Matrik (10bulan). aktiviti sukarelawan, aktiviti luar mcm sukan (KAKOM) dan ada untuk orang yang ada jawatan dalam kelab or persatuan. untuk dapat 10 tu rasanya kena wakil matrik dalam sukan or jadi la JPP. selain tu try la join bnyk aktiviti n stay aktif masa sem1 or sem2. nak dapat 9 keatas mudah je dekat matrik korang join banyak program or jadi sukarelawan time matrik buat majlis contoh sukarelawan masa hari merdeka, hari raya. tapi jangan join banyak sangat aktiviti nanti terabai yang 90% which akademik/pointer.
Q: Macam mana nak tukar program dari pdt ke pst?...jumpa siapa? Mohon macam mana?
A: Actually proses dia masa minggu pertama... kan korang ade pertukaran module kan. so masa saye dulu time tu la nak tukar. tapi jarang la dapat tukar dari pdt ke pst. but korang boleh try mohon. korang boleh jumpa kauselor matrik, pastu jumpa bahagian akademik dkt HEP.
Q: Macam mana nak buat nota sendiri kalau nota lecture banyak dan complex?
A: Awak boleh rujuk nota-nota ringkas yang saye share dalam blog ni. actually saye pun tak buat nota sendiri. saya just guna nota-nota from senior saya. actually nota tu saya dapat dari senior jugak. actually nota lecturer pon bagus jugak sebab banyak contoh-contoh. so kena baca n guna jugak nota lectuter tu
Q: 1. Macam mana nak bagi belajar selalu konsisten..2.Ada tips x untuk dpt pointer yg terbaik?..
A: Bagi saya kena ada tujuan utama. tanya diri korang kenapa nak belajar dekat matrik. cuba cari motivasi korang tu. lain orang lain aim/tujuan masuk belajar dkt matrik. macam saya saya nak dapatkan 4flat untuk sem1 sebab nanti upu nak mohon medic...
Untuk dapatkan pointer terbaik bagi saya kena utamakan akademik/kuliah/tutorial/exam/test. fokus betul betul masa tutorial/lab. kalau boleh siapkan ALL Past Year. saya dulu aim before study week siapkan all past year. jangan masa study week baru nk buat past year. 1minggu study week mmg tak sempat nak buat semua past year 4 subjek. then korang kena jaga hubungan dengan lecturer sebab lecturer la sumber korang nak tanya soalan yang tak paham.actually kalau korang dengar-dengar suara yang cakap "eh madam tu garang la"and plus dia mengajar korang. yes it happen to me lecturer kimia aku sangat garang. actually madam yang macam ni la korang kena approach untuk berbaik-baik. tapi jangan pijak kepala lak. so apa aku buat nak approach madam garang ni. lepas habis je chapter aku akan pergi kubik/meja dia semak jawapan past year. actually madam yang garang bagi aku paling best . but jangan takut kalau lectuter korang garang but at the end of the sem diorang yang akan evaluate korang jgk. Di matrik ni exam based kalau korang rajin buat soalan yang lecturer kasi dan past year..tinggilah pointer korang. 1 minggu study week tu revise balik je soalan soalan tu.
Then join program aktiviti matrik/kolej tu kurangkan sebab 10% je. tapi sesetengah orang tak setuju fokus akademik je. but tu pendapat masing-masing la. actually jujur saya cakap di Matrik saya hanya masuk 1 kelab je which kelab reka cipta. tu pon ahli biasa and tak aktif sangat. for sake of jadi ahli kelab(jangan ikut saya). tapi alhamdullilah result sem1-2 saya 4flat n UPU saya boleh je dapat first choice. markah koko saya x tahu berapa sbb lectuter tak cakap.
Q: Assalamualaikum..rezeki ank sulong makcik thn ni dpt matrikulasi pahang di gambang..makcik nk tnya kt ank..pointer berape yer di tahap selesa utk sambg ke pringkat ijazah??
A: Walaikumussalam makcik. Tahniah buat makcik sekeluarga. untuk sambung ke peringkat ijazah pointer yang selesa tu very subjective and kalau nak selesa semestinya 4.0. subjektif sebab bergantung kepada jurusan and program apa yang belajar tersebut nak mohon nanti.
let say, Perubatan/pergigian/farmasi/perakaunan maybe dalam range 3.8-4.0 tu baru selesa. dan juga bergantung kepada universiti yang pelajar nak mohon kena tgok pointer jugak berapa. kalau nak mohon universiti TOP dekat Malaysia mcm UM.UKM,UPM,USM,UTM,UIA maybe pointer tu kena 3.5 keatas. kalau mohon UiTM,UMP,UMK,UNIMAP,UMS..3.0 keatas pon dah kira selesa.
but kawan saya 2.7 cgpa dapat je ambik engineering di UiTM. Jadi kita kena pandai pilih la program dan universiti apa yang sepadan dengan pointer kita. Harap menjawab soalan. TQ
Q: Macam mana nak belajar....balik kelas sy blur nk buat apa...selain report atau tutorial yang ada.pastu nota,better buat atau pakai yang lecturer bagi shj.study week apa nak buat ?
A: Awak kena tahu cara belajar awak.. jenis yang mcm mana. kalau mcm saya view and auditory which saya suka belajar dengan dengan lihat dan dengar. dan saya tak suka study group , lebih kepada study sorang-sorang. musim online kelas ni banyakan bertanya kepada pensyarah or kawan sekelas kalau tak faham. tgok Youtube biasanya channel yang lecturer matrik buat banyak je dalam blog ni pon ade je saye share. nota tu actually saya guna yg lecturer buat je plus ade guna nota ringkas yg saye share tu.. ada di blog.
Study week ni bebas takde kelas.u boleh study je kt mana-mana asalkan jgn keluar matrik je. saya more to belajar sendiri di bilik.but kalau di kolej saye semua belajar akan memenuhi bilik pensyarah semua berkampung disitu. tapi tak wajib pun. biasanya student masa study week sibuk buat revision n buat past year. but nasihat saya siapkan past year awal. macam saya masa study week past year dh siap dah. so revise yg mana tak paham je
Q: Please help me, Saya pelajar PDT, saya rasa bahan2 utk pdt ni susah nak cari berbanding pst, lecturer dah bagi tp maslhnya mcm tak lengkap, sya dah buat nota tp mcm tk berguna nota tu, I'm really confuse how to start right now. Can you please give me some tips on how you learn throughout the sem? Where did you get those notes? And please 4.0 flat tk mudah nk dpt, bgaimna awak manage dpt 4.0flat tu stp sem?
A: Actually u boleh guna je bahan yang saya share even pst punya bahan. silibus tak jauh beza. tips nak belajar dalam sem tu u kena tgok CS (co curricular specification). biasanya ade semua knowlegde yang u kena tahu sem tu. Tips lain macam before start lecture tengok dulu learning outcomes topic tu. biasanya ada dekat first slide. ketiga kena buat latihan n semak jawapan. my notes i banyak mintak dengan senior. u kena la tanya senior kalau nak dpt bnyk sumber bahan. 4flat untuk pdt ramai je mampu dapat kalau u rajin buat assignment sebab 60% tu Assignment 40% final exam. terbalik dgn pst. so nantu u sem 3 u pakai sistem pst. macam saya pernah cakap. saya buat past year. pastu check jawapan dkt meja lecturer. siapkan before study week.
Q: Susah tak nk dpat pointer tinggi (4.00)
A: inshallah tak susah kalau awak usaha. Nak 4flat tapi tak usaha x boleh jugak. my tips for 4 flat is buat banyak latihan and past year inshallah 4flat. biasanya lectuter akan jual buku soalan past year. tapi diorang tak check pon u gais buat ke tak. so sapa nak result cantik buat then pergi semak jawapan di meja lecturer. or u gais boleh beli buku past year from SAP tu. but buku SAP tu konsep soalan je same. no dia tukar nilai. saya pon guna buku tu sebagai rujukan.
Q: Nak tips study yg berkesan
A: saya pon tak tahu tips ni berkesan ke tak. but i work to me lahhhh. After habis lecture n tutorial class. saya study baca lectuter note, nota ringkas (ada share dalam blog ni, boleh cari). saya study melalui soalan past year. which bkn study dengan lecture note je la. kalau kolej saya every subjek dia ada sediakan buku past year yg wajib dibeli. so after habis topic tu saya akan cari soalan yang fokus kepada topic tu. so saya faham topic tu melalui saya buat past year. saya guna buku SAP past year sebagai rujukan. buku tu so far membantu la. u gais boleh beli edisi terbaru tapi dekat library edisi lama.serius saya cakap kalau study just baca kita tak faham pun maybe 30% je faham. nak tambah kefahaman tu buat la soalan n past year.
Q: how you survive with the use of english in biology,chemistry and physics... and how you handle all the assignment without any pressure ... thank you for answering 🤧🤧🤧🤧
A: Sumpah saya cakap saya ni SMK je dulu. sekolah kampung je. belajar subjek SC dalam BM. english saya band3 je. biasa biasa xde la pandai. actually english sc ni senang je nak faham u just hafal keywords je x perlu ingat ayat dia. practice banyak banyak ejaan. mcm saya listkan keyword penting untuk topic tu. tulis la di tepi lecture note tu perkataan melayu dia. saya dulu wajib bukakgoogle/google translate nak check maksud. grammar boleh je langgar. is are nk letak s or x, have has tu tak dikira dalam SC. u just kena hafal keywords je. assignment bincang dengan member je biasa. buat sama-sama. lab report pun buat sama-sama. for those yang belajar dalam bm masa spm jangan down sebab tak mustahil korang bole perform kaw kaw ngn yang belajar dalam english time spm.
Q: nanti permohonan ke universiti,dia akan tengok juga keputusn SPM ke
A: depends. result matrik lagi penting sebab merit 100% result matrik. SPM just kena lepas syarat minimum je. if upu cakap syarat min 3.0cgpa and B for bio,fizik,kimia. so u nak kos tu so kena lepas la syarat min untuk mohon program tu. dapat or tak it depends on cgpa merit. ringkasnya result spm kena melepasi yang minimum je.
Q: Saya tidak mohon matrikulasi di UPU kerana result spm saya tidal layak untuk masuk matrikulasi.Masa keputusan pertama saya tidak dapat mana mana universiti atau politeknik.Tapi masa ambilan kedua saya dapat Matrikulasi saya terkejut sebab tidak mohon.Soalan saya kenapa saya terpilih untuk sambung belajar disini dan macam mana saya nak sentiasa kekal positive disini kerana kebanyakkan pelajar disini banyak yang A saya tak ada A masa SPM jadi saya agak downlah dan paling saya malu bila ada orang tanya pasal result saya.
A: Tahniah. Rezeki awak sebab terpilih ke program Matrikulasi. so jangan sia-siakan peluang. tebus balik result spm awak dengan cgpa matrikulasi yang bagus yang melayakkan awk sambung degree. actually bile kite dah masuk matrik semua akan start zero balik. tak kira lah kau A bio masa spm ke kau dapat semua C ke. addmath kecundang time SPM ke. bile masuk matrik semua zero balik lectuter akan layan korang same je. dekat matrik ni banyak belajar benda baru. serius saya cakap ni di matrik spm tu xde guna pun. so buat apa awak nk tengok A spm. teruskan belajar dekat matrik untuk capai result yang bagus. saya rasa awak tak perlu rasa down. awak kena cari jugak kawan yang boleh bantu awak dkt matrik yang awak rasa selesa. nasihat saya xperlu pun nak pandang result spm orang tu even latar belakang dia from smk, sbp , mrsm. tak perlu nak rasa down bina harapan baru di matrik ya. Good luck.
Q: rutin sabtu ahad ?
A: actually sabtu dapat outing so saya akan outing la dengan roomate. pergi main bowling. beli barang-barang keperluan, snack snack 😂😂😂.. but actually hujung minggu pagi saya still tido sebab bukan morning person (sorry tpi sape yang morning person sila study ya). hujung minggu time study saya adalah waktu malam. biasanya saya akan study semua chapter/subtopic yang telah belajar minggu tu, siapkan past year. time frame study dari pukul 9-1pagi (better jgn stay up lama-lama). tapi sem1 je berjaya buat. serius sem2 akan kurang waktu study dihujung minggu. banyak masa dihabiskan di cafe sebab dah ramai kawan. but ade je pernah nmpk org study kt cafe huuhuu.
Hi nak tanya... Apa results min utk ke next sem... Betul ke kena dpt 4 flat utk next sem??
ReplyDelete