Q: Tips untuk pelajar 2 tahun matriks
A: actually, pelajar 4sem ni boleh chill and steady x perlu rushing-rushing dan stress-stress tapi untuk 2sem pertama la. tak perlu runsing pasal result. sebab result sem1&2 tak dikira pun untuk kemasukan ipta(upu). hanya result semester 3&4 sahaja dikira. so nanti waktu dah di tahun 2 baru pulun habis-habis.
Q: Heyy! Markah koko penting tak bila ambil degree nanti? Thankss
A: Penting sebab, CGPA hanya 90%. 10% adalah markah koko. merit 90-10 tu akan dikira bila awak mohon upu.
Q: Assalamualaikum. Adakah sijil matrikulasi setaraf dgn sijil diploma?
Q: cara xnak insecure dgn org yg lebih pandai dari kita
A: Jangan dengki, terima kekurangan kita dan perbaiki kelemahan kita. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. rezeki masing-masing.
Q: Assalamualaikum..nak tanya sikit ni... nota untuk basic engineering ada x?
A: Maaf takde. sebab xde senior yang share.
Q: Kadang2 saya down bila bljr saya tak mahir sgt dalam berkomunikasi dan saya juga dh dilantik sebagai ketua praktikum mcm mana nak ada semangat utk tempuh kehidupan di matrik ni?
A: Jangan down sangat. actually jadikan jawatan tu untuk improve awk punya communication skill. Aawak kena belajar la improve n kena jadi lebo berani mcm join kelab or activiti kolej. pegang jawatan dalam kelab.
Q: Saya dapat pst dan setakat ni risau tdk dpt catch up. Sbb cara lecturer ajar beza besar dengan guru masa skolah menengah. Boleh admin bagi advice mcm mana mau adapt?
A: actually saya masa dalam kuliah pon blur-blur je. sebab jenis lambat catch up bila belajar dalam kelas tutorial or lecture like phm,30% je, tapi saya xtahu plk awk lambat part mana. so saya nasihatkan awk baca banyak kali, tengok past year (buku sap). tengok video di utube. sebab biasa kalau kita keep repeat benda tu inshallah akan lekat dalam kepala kita. Jujur saya cakap saya ni average student je tapi boleh dapat 4.0 untuk 2sem. sama je mcm awk lambat catch-up. kalau awk blur-blur after kelas tu bukak balik buku then baca lagi,tengok soalan past year pasal topic tu.
Q: Saya nak tanya kalau 4.0 flat ni maksudnya 100% betul semua jawapan yang kita tulis atau sebaliknya? Boleh tolong jelaskan ciri-ciri 4.0 flat?
Q: untuk pelajar pst-sistem di Matrik adalah 60% exam 40% assignment (practical,test,quiz). actually saya yang dapat 4flat masa sem1 dan sem2 pun bnyk je buat silapmasa exam. so actually tak betul jugak kalau dapat 4flat tu markah 100%.
kalau nak dapat 4flat semua subjek kena A. dalam matrik punya pemarkahan rasanya 80 kot A.
tips nak dapat 4flat, A semua subjek kecuali (english,pend islam, ko-k)
1. 40% carry mark usaha dapatkan 32/40 keatas
2. final exam biasanya susah jgk tapi target la 40/60
tapi result akhir PSPM awak ditentukan mcm SPM since semua student Matrik guna soalan sama dan pemeriksa kertas awak adalah dari lecturer kolej lain. skema adalah selaras 1 Malaysia.so kita tak tahu berapa markah solid untuk A. saya tanya lectuter pun dia tak cakap. biasanya kalau soalan berpusat dia akan tgok graf tahun tu berdasarkan performance pelajar.
actually tu andaian saya je. sebab saya masa PSPM2 serius untuk Bio mcm xleh jawab . tapi keluar result A. so saya pikir mungkin markah A tahun tu rendah skit sebab ikut graf semua pelajar. hehehe
kalau nak 4flat awk kena kuasai semua paper kalau bio fizik kimia ada paper 1 soalan MCQs. MCQs ni bagi saya kena score untk 4flat sebab senang sangat. awk just kena ingt benda dalam lecture note je.soalan dia sangat direct dan kalau kita xtahu benda basic sangatlah rugi.sebab terlampau fokus benda yang kompleks mcm soalan paper 2.
pastu banyakan berdoa je untuk dapat semua A.
haii, saya baru tamat pspm 1 (SDS) tapi saya rasa saya tak boleh capai target saya nak.. boleh ke saya mohon untuk tukar ke SES?
ReplyDelete