QnA Matrikulasi part 2

Q: Pelajar Modul 3 boleh ambik Medic,dental, farmasi ke ? 

A: Boleh je. Asalkan syarat MIN spm ada n melepasi syarat. Tak semestinya modul 1 je dapat sambong 3 course atas tu. modul 3 pon boleh je asalkan pelajar tu dapat 3.8 keatas inshallah ada harapan nak dapat medic,dental,pharmacy. 


Q: tak paham la mohon upu guna sem1 je? sem2 tak kira ke ?

A: UPU untuk Asasi/Matrik ada 2 fasa. Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa 1 bukak dalam bulan 3 setiap tahun. which masa tu masih belum tamat matrik dan belum dapat result matrik untuk keseluruhan sem1+sem2. so kita mohon upu based on result sem1 kita. so yang mana nak kos macam medic,pharmacy,dental,law, accounting n other course yang berinterview better korang dapatkan keputusan yg tinggi dah masa sem1. sebab interview dia guna sem1 je. maksudnya untuk panggilan interview dia guna result sem1. so kalau nak dapatkan interview result 3.8 keatas, 4flat lagi bagus. muet band3 at least. Fasa 2 pulak. untuk fasa 2, dibuka awal bulan 7. after result sem2 keluar dlm bulan 6. so bulan 7 tu fasa 2 la kan. fasa 2 ni just update je pilihan kursus yang kita minat mengikut pointer cgpa which pointer keseluruhan la. so ni peluang terakhir korang nk tukar pilihan kursus. fasa 2 kursus yang berinterview tak boleh tukar. contoh ya. kau letak 1-4 tu medic. which semua ada interview kan. Pilihan 1-4 korang tak boleh tukar kalau tak mohon fasa 1 tak boleh mohon fasa 2. so kena mohon fasa 1. 


Q: Tips elak course lelong. 

A: zaman sekarang upu dan tapis semua kursus yang sesuai ngn kita punya SPM,MUET,POINTER. dia ikut syarat min. so korang tak akan tersalah pilih jurusan la. nanti ada 12 pilihan, tak wajib isi semua hanya 5 atau 6 pilihan je wajib(lupe dh berape). ingat isi yang minat sahaja. ada kes pelajar sains ni main isi je 1-12. dia letak main main pilihan yang bawah-bawah. dia confident 1-6 tu ade la dapat sebab yg relate ngn course dia belajar dekat matrik dalam range tu. tup tup dapat course budak akaun. menyesal la die. so kalau tak minat course tu better jangan letak dalam upu korang. kalau 5 course je minat stick je 5 tu. 


Q: saya rendah diri bila masuk matrik sebab sorang je dpt matrik, kawan lain ramai dapat asasi. 

A: jujur saya pon ade rasa same. tapi kena ingat rezeki masing-masing. ok nak sharing ngn korang. saya dulu sorang je tercampak dekat matrik. all my friend dapat Asasi Dengkil dengan Pasum. of course rendah diri bila reunion. but saya percaya dengan rezeki masing masing. saya dekat matrik memang aim nak grab result 4flat every sem. so ia jadi penguat semangat la untuk hadapi perasaan rendah diri tu. kadang-kadang kite tengok je kawan kite post dekat story life diorang as Asasi student. asasi best skit sebab bebas. matrik 50% bebas sebab after kelas xleh gi mall, lepak je dkt cafe. Berkat kesabaran saye di Matrik saya dapat sambung medic di IPTA. sedangkan kawan saya yang di PASUM (spm semua A ya dia) tak dapat pun medic di um n other ipta. dan dia masuk ipts rasanya. semenjak hari tu saya perasan la yang kita kena percaya dengan rezeki Tuhan bagi.  Saya rasa bersyukur dengan nikmat Allah beri yang saya dapat course yang saya memang aim dari zaman spm lagi. even saya bukan Asasi. saya budak Matrik je. so walaupon dimana kita berada bersyukur dengan nikmat yang kita masih boleh belajar. kau nak berjaya Asasi or Matrik or Diploma or Sijil kemahiran bukan penentu kejayaan kau tapi rasa bersyukur kau terhadap sesuatu benda yang tuhan bagi. kalau rezeki kau dekat Matrik go for it usaha sampai dapat 4flat. 




Comments

  1. Result spm saya utk chemist n addmath c and c+. Bio n fizik pulak B+. Syarat mohon medic kena atleast b+ atau A- sub tu msa spm. So, memang xde pluang langsung ke nak dapat kos medic?😭

    ReplyDelete
  2. hai. aikal, ya syarat spm nya memang mcm tu. addmath rasanya takpe C/C+. Kimia/bio/fizik wajib B. awak kena repeat la spm kalau nk ambik medic. awak ambik pdt ada je masa nak repeat SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa eh yg bidang yg sesuai utk saya? Mksudnya, yg sesuai dgn result spm tuu. Huhuuuu

      Delete
    2. awak boleh pm saya dkt telegrem. @arilmatric

      Delete
  3. Hye sorry i dont understand somthing about ur post. On this post i saw ur text "berkat bersabar dlm matriks,aku dapat jugak study medic di ipta" in one of ur answers above. (Noted this is posted on August 2020.)

    Then i scroll down ur blog and eventually found ur blog named "Matriculation Confession:The worst sin i've done this sem" which posted on January 2021.(!!!)

    So what does this mean? I don't understand. Do u really done with matrics n now persue in medic degree or not? Wdym bro?

    ReplyDelete

Post a Comment