Pengalaman di Matrikulasi 2018/2019 (Kolej Matrikulasi Perak KMPk)

 Hello! Saya nak share mengenai pengalaman sebagai PST 18/19 😄


Sejujurnya matrikulasi is the best option untuk sambung pra-uni! Sure, ada pros and cons berbanding dgn asasi, form 6, dan sebagainya, tapi bagi saya, berdasarkan pengalaman saya, matrikulasi paling seronok diantara semue ini.


Di matrikulasi, ia lebih kepada tempat “latihan” bagi pelajar-pelajar lepasan SPM. Dia masih strict, dan masih mengekalkan beberapa peraturan penting yang budak asasi tak ada. Sebagai contoh, time curfew and x boleh balik sesuka hati melainkan ad surat daripada HEP. Bagi saya, ini memang melatihkan disiplin kepada pelajar-pelajar, terutama sekali budak sekolah harian yang tidak ada “basic” survival dlm asrama.


Selain itu, lecturers semue memang baik2. Sentiasa membantu, sentiasa mencuba untuk menaikkan semangat. Siap kalau baik dengan lecturer boleh share-share makanan lagi 😆 bergurau sende semue bagai! Seronok. Dan asbab saya pst, maka masa saya hanya 9-10 bulan tolak cuti. Maka masa yang saya ad disana sangat memorable. Dan matrikulasi sahaja yang bagi saya tempat permulaan yang paling sesuai untuk seorang pelajar yang ingin menuju ke menara gading.


Makanan boleh dikatakan murah, sedap, dan mengenyangkan. Di matrikulasi Perak, terdapat 4 kafe 😁 pilih la yang mana satu ya. Ada kafe yang jual nasi lauk dengan harga RM3 je. Air kosong percuma. 


Belajar sebagai pst sgt memenatkan, itu tidak boleh disangkal, tapi sangat memuaskan. Kalau nak diberikan nasihat belajar dgn baik, tolong kurangkan bermain. Satu tahun tu, pulun la betul2 adik-adik semua. Ya, banyak temptations luar yang akan mengacau hati kita. Tapi ingat je, kenapa adik-adik nak sambung belajar. Untuk adik dgn ibu abah adik kan? Jadi jangan main-main.


Tips :


1) Kerja rumah adik-adik WAJIB siap, tak kisah berapa banyak pon sehari madam atau sir bagi. Penat memang penat, tapi kalau anda siapkan kerja rumah, memang ilmu senang masuk masa pergi kelas.


2) kalau boleh, bantu lah kawan-kawan yang tengah susah nak faham subject tu. Anda ada 9 bulan sahaja (PST) dan 18 bulan (PDT). Awak akan untung kalau tolong, dan awak akan rugi kalau tidak tolong. Sbb kadang-kadang apa yang awak faham pon mungkin sesat, jadi kalau kawan awak tu memperbetulkan awak, maka dua-dua dapat benefit.


3) participate as much as possible in extra co curricular activities. Kami di KMPk ada “PARTS”, aka performing arts. Kalau anda pandai juggle masa, boleh study dgn consistent, memang saya sarankan masuk benda macam ni. Banyak markah koko akan dapat.


4) kalau adik jenis duit mak bapak sponsor, JANGAN GUNA ALLOWANCE. Kalau dapat RM300 sebulan dari parents, cuba bajet supaya RM300 kekal bersama baki + boleh bagi sedekah. RM250, wallahi banyak sangat. Kene kumpul, masuk uni nanti senang. Kalau kamu niat nak berkerja lepas habis matriks, silakan, tapi jangan guna duit allowance. Belajar menabung, belajar catu makanan, belajar berlapar demi bajet. Anggap matrikulasi sebagai pusat latihan untuk uni nanti. Masuk uni, buku pun RM100+ tau. Duit banyak guna. Tahan nafsu nak beli bende mewah-mewah. Kalau ketika senang anda tidak berlatih, apabila susah, anda akan merana dan menyesal.


5) lastly, orang ajak kapel PLEASE tolak. Bukan apa, ni based on experience alone; bile kapel MEMANG tak boleh fokus. Study susah faham sebab sibuk OTP dgn pakwe. Lps tu bile break up, langsung tak boleh masuk ilmu waktu study week sebab menangis 24/7. Akak dah kena adik-adik oi. Jangan buat mistake yg boleh jeopardise your results. Kalau dah suka sangat, tahan je. Tunggu lepas matriks. Lepas tu buat lah pape. Janji FOKUS FOKUS FOKUS !!! Memang bukan “poyo” nasihat jangan kapel ni. Asbabnya, banyak buruk dari baik.


Okay tu je. Good luck adik-adik yang nanti akan masuk matrikulasi. All the best! ❤️


Kalau nak tanya boleh komen soalan dibawah dan jangan lupe join telegrem group matrikulasi. 

di channel telegrem tu ada share pasal NOTA,SOALAN,TIPS di matriks 

link telegrem 

ALUMNI MATRIKULASI MALAYSIA 

https://t.me/MatricStudent


HALATUJU PENDIDIKAN SPM 

https://t.me/halatujuspm


MATRIKULASI 2020/2021 (HIMPUNAN NOTA)

https://t.me/Matrikulasi2021

Comments