MATRIX CONFESSION : USAH RISAU JUNIOR

confess jer !!!!!!!


Assalamualaikum, semua. Aku dengar ada bakal pelajar matriks yang concern pasal nak masuk nanti. Aku harap ni sedikit sebanyak bantu korang lah. Mungkin pembelajaran korang akan berbezalah sebab musim covid ni kan. Ha, so, berdoalah kita agar covid-19 ni hilang supaya semua dapat belajar macam biasa. First, pasal segala borang2, salinan ic ke surat beranak tu, korang pastikan je semua dokumen telah disahkan oleh yang berkelayakan. Kalau salinan ic tu buat lebih sikit pun takpa, kot diperlukan nanti. Gambar pasport pun sama. Ada orang tanya pasal lab report. Aku mampu jawab untuk fizik dan kimia sajalah sebab aku tak ambik bio. 

Okay, so practical untuk semua subjek ada dua part, pre lab dgn post lab. Biasanya akan selang seli, minggu ni pre lab, minggu depan buat practical dan report (post lab). Pre lab dgn lab manual ni nanti adalah buku dia, yang mana perlu dibeli (bukan free ya anak2). Jangan risau, harga tak biasa lagilah cekik darah. Pre lab ni macam preparation lah tentang apa yang kita perlu tahu sebelum buat experiment. Minggu seterusnya, masuk lab terus buat experiment dan kalau ada masa, bolehlah buat lab report siap2. Pastu, jangan lupa minggu experiment mesti bawak lab coat. Kalau kat matriks, korang akan 'menyewa' lab coat selama korang belajar kat situ. Kena jagalah, jangan bagi hilang. Bagi aku, antara kimia dengan fizik, fizik agak terperinci dan banyak kira2. Kadang2 stress jugak bila percentage of uncertainty tinggi (ytjt). Kalau tak tahu macam mana nak buat, tanyalah lecturer atau mintak kawan tolong ajar. Korang kena belajar buat lab report sendiri tau, pasal nanti korang ada lab test yang mana korang kena buat sendiri. Kalau macam kat kolej aku, kena buat sorang2 pasal pelajar tak ramai. Haa, cuak. Sebabtu kena prepare betul2. Time buat experiment pun sama, jangan jadi passive partner. Nanti takut korang tak dapat kemahiran yang diperlukan dalam experiment. 

Tapi, even final result korang merapu pun, jangan risau sangat, sebab penilaian akan dibuat secara holistik (menyeluruh), bukan berdasarkan final result ja. Tapi pastikan buat sampai habislah. Pastu, nak cakap la, korang duk matrik, perangai malas tu buang2 la sikit, tambah lagi yang setahun tu. Rajinkan study, fokus dalam kuliah dan tutoran, pergi solat jemaah, rapat dengan lecturer (haa, ni penting jugak ni). Bukan nak suruh korang jadi teacher's pet ke apa, tapi bila korang baik dengan lecturer ni, ilmu inshaallah senang masuk. Baik dengan lecturer kat sini termasuklah rajin bertanya dengan dia. Lecturer ni suka sangat bila pelajar dia suka bertanya. Ingat, jaga adab dengan semua orang termasuklah guard dengan cleaner. Haa, aku nak bagi tips sikit kalau nak belajar tu. 

1. Fokus dalam kelas. Tapi, kalau korang jenis kuat tidur (macam penulis ni), korang top up balik dengan rajin luang masa tanya lecturer time takde kelas. Study lepas kelas, time malam. 

2. Pandai bahagi masa. Duk matriks ni takdelah kena belajar 24/7. Kenalah jugak buat benda lain supaya korang tak stress sangat. 

3. Study group. Ni sangat membantu KALAU ahli study group korang proactive, bukan buat group gossip ya. 

4. Buat summary setiap kali lepas habis belajar satu bab. Summary ni buatlah seringkas dan secantik mungkin, mudah nak refer bila nak study dan nak dekat exam. 

5. Tak perlulah couple/flirt dengan orang. Takde apa pun yang menarik. Baiklah korang sibukkan diri dengan benda yang lagi berfaedah. 

6. Libatkan diri dengan aktiviti koko, tak kisahlah yang dalam kolej ke luar kolej. Penting tau untuk merit korang nak masuk uni nanti. 

7. Pastikan korang struggle jugak untuk MUET. MUET kat matriks sekali je tau, takde trial. Kalau nak ulang boleh, tapi kena tambah duitlah. Bukan sikit duit jugak yuran MUET ni. Set goal korang untuk dapatkan at least BAND 3. Band 2 pun boleh je jangan Band 1 je. 


JOIN GROUP TELEGREM STUDENT CONFESSION UNTUK HANTAR CONFESSION ANDA 

https://t.me/studentiptconfession

Comments