Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca cerita ni. Aku nak share something yang buat aku sakit hati. Aku study dekat matriks, dan aku dapat satu bilik dgn student ni, die ade la masalah merokok. Aku tak kisah sangat sebab die faham keadaan aku dan tak nak aku tetiba sesak nafas(aku hidap semput) jadi dia merokok kat tempat lain.
Aku kadang kadang tolong dia hilangkan bau tu sebab aku tak nak dia masuk kes tetiba ,tapi ada masalah lain yang timbul bila hal ni dah senyap buat sementara. Tetiba orang atasan matriks datang ke bilik aku dan soal aku macam macam. Dan beberapa hari kemudian, aku rasa semacam sebab aku rasa kena perhati. Lebih kurang seminggu lepas tu, ada student berbual dengan aku dan aku pelik sebab dalam 1 minggu sebelum tu dia asyik datang bilik aku. Time ni aku tgh stress sebab tak selesa orang lain asyik datang bilik aku sebab hal tak munasabah; nak tanya khabar aku.
Finally dia confess yang dia kena suruh dengan pihak atasan untuk pastikan aku ni bersubahat atau tak dengan roommate aku tu, bukan dalam kes rokok tapi kes DADAH! Masa tu aku mmg marah tapi aku simpan je dalam hati, tapi sebab aku ingat pesan kawan aku suruh aku sabar setiap masa aku tahan je dulu . Dan aku pasti roommate aku tu tak terlibat dengan kes dadah tu. Aku tak tau la sape yang buat laporan tu, dengan aku sekali jadi sasaran. Tapi aku tau, aku kena perhati dengan pelapor dan orang yang terlibat sampai aku habis sem,yang aku risau je masa tu cuma stress aku overload sebab hal tak munasabah ni yang asyik overthinking terus. Alhamdulillah, support dari classmates jugak yang bagi semangat kat aku ni. Buat pengajaran utk pembaca, tolong hati hati bile ada roommate camni atau ade kes lain sebab ada je orang yang suka perhatikan korang tanpa sedar. Sedar sedar je dah jadi mangsa keadaan. Bila sebut keadaan aku ni mungkin tak seteruk kenalan aku, dia kena buli secara mental, barang dalam almari dia kena simbah dengan air. Memang habis basah lencun, sebab roommate die yang jadi suspek dadah syaki kenalan aku ni report diorang sebab kenalan aku ni prd(check sendiri ye ni singkatan untuk apa). Aku yang dengar pun lagi nak marah,tapi dia kata biar je. Budak budak tak matang punya cara, memang macam tu. Sampai habis sem die kena camtu, memang aku mengucap tambah carutan lagi. Sekarang aku dengan kenalan aku senior kat matriks ***,dengan sop pelbagai semua tu ikut je, moga moga cepat habis sop ni kalau pihak atasan dah bagi kelonggaran untuk student matriks. Peace for all students yang dah sambung belajar!! Setiap pengajian dan program berbeza cabaran die, jadi jangan putus asa lagi lagi yang lemah bagi subjek tertentu. Doakan dapat face to face class secara lebih kerap untuk memudahkan korang faham. Dan cari senior yang korang boleh minta tunjuk ajar sebab waktu kelas online sekarang ni, kalau korang punya lecturer, classmates, roommates tak boleh pakai, cari senior yang korang selesa bercakap dengan diorang. Kalau jumpa student yang mahir,specializes dalam satu subjek yang korang memang lemah, tanya la diorang. Jangan segan nak tanya sebab dah kena tegur dengan senior batch lepas fasal benda ni. Dan pastikan korang bagi kerjasama dengan classmates korang untuk selesaikan kerja yang korang dapat, kalau korang nak markah tinggi. Kalau tak nak boleh je tepikan tips ni, sebab percayalah kerja korang akan ada satu masa terlampau loaded sampai korang tak dapat selesaikan secara sendirian, masa tu la baru ingat classmates lain nak selesaikan masalah yang nak kena hadap tu. Stay safe, everyone. Study well 🔥,despite in this pandemic situation😉 jaga kesihatan sekali ye ☺
Comments
Post a Comment