CERITA RESULT SPM 2017

 Hai, hari ni aku nak cerita pasal pengalaman post-SPM, apa halatuju aku after SPM, kat mana aku sambung belajar. actually aku SPM tahun 2017. tapi aku rasa masih belum terlambat nak cerita pengalaman tu. sebab dulu after dapat result aku down gileee. even result aku cemerlang la jgk. tapi bukan semua A tapi still result tu aku bangga. 


       15 MAC 2018 adalah hari penting buat aku sebab ari tu penentu masa depan aku. sama ada aku layak or tak layak nak dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM. Namun pada hari tersebut aku tak berjaya nak dapat straight A apatah straight A+. serius aku mcm dengki skit dengan kawan yang dapat straight As tu. tapi tu rezeki diorang. aku percaya rezeki masing-masing. oh aku hanya dapat 8A sahaja 1B. B dalam subjek English. aku mmg lemah skit english since aku ni sekolah kampong so xde pendedahan sangat. takpe lah xde rezeki nak banggakan ibu dan ayah aku untuk semua A. 

Balik je dari sekolah setelah ambik result SPM, ibu aku mcm nk nangis sebab sedih dengan result, bukan kecewa tapi bangga yang amat sebab aku je dalam family aku yang paling berjaya dengan result SPM mcm tu. 


      Setelah seminggu result SPM, tibala masa nak mohon UPU, biasiswa apa semua. tapi aku nak mohon tajaan Mara untuk medic/pharmacy. actually dari zaman form 5 aku dah buat research pasal program MARA tu. aku memang teruja gila nak masuk program tu. 

Nama program tu PraUsm/YTP Young Talent Development Programme. actually ni adalah program tajaan mara untuk sambung medic dengan kerjasama USM. Actually ni program Matrikulasi di Kolej Mara Kulim di bawah selian USM. Which korang mmg akan sambung degree di USM dengan tajaan Mara. Aku memang terliur nak program ni. tapi apakan daya aku tak mampu nak mohon, mampu tengok je. 

aku rasa useless gila research pasal ytp mara tu. end up dia aku dapat tengok je. aku nagis weh masa tahu. 


        actually syarat dia 8A TERMASUK A ENGLISH. aku dah ada 7A tapi kurang 1A dibahasa inggeris je. aku rasa down weh!! AKU RASA TUHAN MACAM NAK HUKUM AKU, tapi aku tetap mohon even tak memenuhi syarat. 

ada SMS masuk "PERMOHONAN YTP ANDA GAGAL". even tunggu panggilan rayuan takde dapat apa-apa berita pon. SEDIH. yela diorang nak A ENGLISH JE KOT. aku pikir. YA AKU TAK KUAT.. aku nagis sebab tak mampu nak dapat biasiswa. aku tak nak susahkan keluarga aku. serius aku memang orang susah dan perlukan biasiswa tu. tapi tak ada rezeki nak dapat YTP. AKU hanya kurang 1A je MARA dah tak nak ambik aku. 


        actually why aku sedih sangat, aku dah la orang susah tinggal di kampung. sepupu aku dia dapat semua A. dapat YTP sambung engineering UNIKL-OVERSEAS. sepupu aku tu orang KL. Family diorang kaya, tapi why dapat tajaan MARA. WHY MARA!!

aku tahu dia pandai and mampu semua A. tapi aku hanya kurang 1A je dari syarat. ok tu aku reda. AKU MEMANG TAK LAYAK DAPAT YTP MARA. 


       Keputusan UPU dan Matrik keluar. Matrik keluar seminggu awal, aku dapat MATRIK. UPU aku dapat Asasi di UiTM Dengkil. 


       AFTER murung dalam 1 minggu, aku sambung Matrik je sebab nak jimat duit matrik ni terbaik bagi aku yuran pendaftaran rm500(sekali bayar) ,yuran pengajian free, asrama free, ada elaun rm250 sebulan. actually aku dapat asasi uitm dengkil, memang uitm murah tapi kena kira kos pengangkutan, yuran asrama 2sem kena bayar, yuran pengajian 2sem even ada elaun juga. aku tak nak duit elaun buat bayar yuran je. so tolak-tolak matrik lagi berbaloi untuk orang mcm aku.

tak bodoh pun pilih matrik yang tak cerdiknya yg pertikaikan pilihan orang. ramai cakap result aku patut masuk asasi la. 


       kesimpulannya aku tak nak susahkan mak ayah aku. ye la tak ada sape nak taja aku study sebab tak dapat straight As, tak ada rezeki nak dapat biasiswa. 

nanti aku sambung pasal Matrik pulak di next posting. tunggu kalau ade mood nak cerita



Comments

  1. sama aku spm 2020 10A 1C. C tu English Hahahahah aku nangis tak keluar bilik. Aku mmg nak sangat masuk usm-kle tu. End up aku sambung matrik pahang sbb takde duit sangat. Masih mencari hikmah dibalik yg berlaku

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment