Interview medic ums (calon semenanjung)

Hi. assalamualaikum semua. Aku pelajar Matrikulasi sesi 2018/2019. jadi aku nk cerita la pengalaman aku masa interview program medic di UMS which universiti Malaysia Sabah

aku interview tahun 2019. so sekarang dan 2020 jadi aku rasa masih belum terlambat la untuk aku share pengalaman aku. 

kenapa aku pilih ums dekat sabah. actually aku ni org semenanjung. UKM,UM,USM bagi aku persaingan tinggi pastu ade org cakap try mintk dkt Sabah or Sarawak. but aku ade juga Mohon UNIMAS dan UiTM for MBBS/MD. 

JUMAAT, 12 MEI 2019, masa tu aku dekat masjid pastu ade baca tweet from twitter @UPU_ONLINE yang cakap keputusan panggilan interview untuk program perubatan UMS akan keluar pada pukul 2 petang

Jam 2 petang, aku pun semak la. Alhamdullilah aku dapat panggilan interview di UMS. tapi since aku ni org semenanjung so temuduga tu dijalankan di fakulti farmasi UKM kampus KL. tepi HKL je. 

aku nk cerita part sedih. HAHAHAHAHA

so aku ni memang asal kampong. takde saudara mara yg stay KL or area selangor. so aku mcm sedih la sebab member aku lain tu semua ade kakak abang or mak cik n pakcik diorang stay dekat KL. ade jugak kawan sematrik dpt tempat same interview. jadi aku pon cakap la dengan mak ngn abah aku. diorang mcm excited la. tapi aku mcm xnak pergi sebab since interview tu dekat KL. pastu nak stay mane kan. Dh la interview tu selama 2 ari. negeri aku ngn KL jauh dia 10 jam perjalanan. aku pikir jugak aku ni bukan orang senang pastu pergi interview belum tentu dapat sebab ade ramai lagi.

aku rasa bodoh gila bila pikir balik yang aku pernah pikir negative mcm tu. 

Alhamdullilah aku decide nk pergi interview UMS.

interview ade 2 part 
part1 23/5/2019- jawab exam online berkomputer di ukm kl
part2- 24/5/2019- temuduga secara MMI

22/5/2019, JAM 11 MALAM- aku bertolak dari rumah. aku plan nk smpai dkt fakulti farmasi tu dalam pukul 6 pagi. kesian tengok ayah aku drive and sanggup tak tido, semata-mata nk hantar aku pergi interview dekat KL. so akhirnya aku sampai dekat fakulti farmasi jam 6.30. so aku memang tawakal je. nak dijadikan cerita. aku kan tak tempah pon hotel since aku ingt aku tak layak untuk ke peringkat seterusnya. sebab kena lepas part1 baru boleh ke part2. 

Tapi aku bangun je pukul 6 tu mmg dah terpacak depan gate UKM-KL. pagar belum bukak. ye la interview pukul 8. so ayah aku park dekat HKL. so aku dengan beraninya pergi mandi dalam tandas HKL, tukar baju n kemas kemaskan diri aku. solat pon dekat surau di HKL. bila pikir balik mcm lawak n lucu. malu pun ade. tapi nk survive kan. tambah pula aku ni mmg xde duit bukan orang kaya. pastu nak pergi interview jauh. ayah ngn mak aku je la kekuatan aku nak tempuh segala cabaran ni. 

23/5/2019.so aku masuk bilik test online tu jam 9 pagi keluar jam 11. lepas tu dia cakap boleh datang besok untuk sesi MMI. WHAT aku tak prepared ape pun. 

aku dengan gelabah cakap dekat ayah aku aku lulus then dapat interview esok. so memang kena stay dkt KL ni. ayah aku pun call kawan dia yang ade bukak kedai dekat Shah Alam. so aku bermalam dekat shah alam. 

so aku malu nak cakap masa umo aku 19tahun tu first aku datang KL, tegok bangunan besar, n aku cakap Malaysia memang maju tapi KL n area selangor je. first time tgok twin tower petronas. Malu lak nk cite

so aku stay dekat rumah kedai kawan ayah aku di Shah Alam. 

KEESOKAN HARI

24/5//2019

aku ni memang dilahirkan ada perasaan rendah diri ke ?. bila pegawai UMS suru berkumpul and beratur aku rasa mcm nak balik. aku jadi terlampau rendah diri dan tak percaya dengan diri sendiri. jadi takut tengok orang. ye la aku ni asal kampung, sekolah kampung, matrik pon dkt bandar 20km dri kampung aku. mcm aku ni penakut dengan dunia luar sebab aku terlalu kampung. tapi aku nekad nk buang semua tu. aku dh 19tahun dah. 

Prosess interview

interview dijalankan secara MMI. ade 5stesen, semua stesen wajib speaking in english. herm masalah lagi muet aku band3 cikai je. aku ade jgk tanya indian n cina yg aku kenal yang satu group ngn aku. BAND 5. bila tahu lagi rasa rendah diri weh. so jangan bandingkan ya

so 1 group, 10 orang tapi interview sorang-sorang. aku dapat group ke 6

lama gila weh tunggu dalam. datang pukul 8. pukul 12 baru kena panggil interview. mereput la kt situ dh la bulan puasa masa tu. penat n nak tido.  

akhirnya dipanggil interview. 

bila time dah start. 
so dia ade tampal soalan dekat pintu masuk dalam bilik. baca 2minit (2minit sebab soalan tu panjang sangat) . bila loceng dibunyikan kena ketuk then masuk. 

STESEN 1- DR ni baik je, ramah, tak nampak garang. dia doktor berbangsa india nampak baik je. manis mata memandang
soalan di stesen tu, aku sendiri tak ingat ayat dia. soalan dalam english tapi aku cerita apa yang ingat je ye. 

anda ada seorang rakan semasa buat assignment anda mendapati kawan anda meniru hasil kerja anda. beberapa hari selepas itu, dia menghantar assignment itu kepada pensyarahnya. 
sila beri komen dan apakah tindakah anda ?

STESEN 2- Dr di stesen ni orang sabah aku rasa sebab dia cakap tu ade pelat sabah. dia baik sebab masa aku gagap dia suruh aku relax n tenangkan diri

anda ada rm10. adakah anda akan memberi wang itu kepada pelajar miskin yang sudah 2 hari tidak makan nasi atau memberi kepada pelajar miskin, anak yatim. sila beri komen


STESEN 3- ade 3 orang doktor dalam tu. semua dah senior-senior. dia mcm tak nak pandang je aku masa aku masuk tu. aku rasa mcm takut giler. serius kalau orang mental tak kuat xleh go ngn stesen ni sebab. masa aku duk cakap dia boleh borak-borak. actually aku tanya member indian aku yg satu group. dia cakap dia senyap hampir 30saat sebab ingt kena tunggu diorang habis borak dulu. 

apa kelebihan dan kekuatan yang ada pada awak untuk kami pilih ke fakulti kami ? 
apa kelemahan awak ?
pernah join program dalam perubatan ? kelab or charity programme

STESEN 4
Stesen paling susah. stesen ni buat aku mcm nak nagis je. serius aku tak xde idea. aku main hentam je. sebab stesen ni kena berlakon kau jadi doktor. ade doktor patient datang then pengsan (situasi ) pastu nurse then ckp ckp medical term aku x phm. pastu dia suruh ambik ubat dalam farmasi. arhhhh tak paham. serius nak nagis n nak balik

lakonkan watak sebagai doktor pelatih. seorang pesakit datang ke jabatan kecemasan dan pengsan. 

STESEN 5-- SETESN ni pun susah. ade 2 orang doktor 1 doktor tu pelakon. serius stesen ni susah nak mati. actually doktor tu actor terbaik sebab dia smpai nagis berlakon. aku je takde idea weh. dh la kena in english. aku ni kampung mane la reti speaking hahahah..

abang anda ada leukimia/kanser darah. ayah tanda tidak tahu kerana abang anda rahsiakanya. hanya abang anda dan anda je tahu. lakonkan situasi memberitahu ayah anda tentang status abang anda. 

STESEN 4 ngn 5 adalah stesen yang aku rasa down n malu gilerrr.. sebab mcm aku tak tahu pape serius talk... aku memang hentam 

UPDATE UPU : REZEKI AKU BUKAN DI SABAH 

Comments

Post a Comment