Tips survive di matrik


1. kena ingat allah. banyakkan solat hajat dah jemaah ngn rumet korang. sentiasa doa nk buat yg terbaik dalam pspm dan muet. inshallah ada jalan untk berjaya tu

2. ingat Mak ayat selalu.. bila ada exam besar mcm pspm or muet call mintk restu tu paling penting.. tapi aku masa hujung minggu always call parent.. masa praktikal test pon call la mak or ayah mintk korang dpt buat amali ngn baik.. sbb tu carry mark.. Mintk mak korang doa. doa ibu tiada hijab tau.. setiap jumaat.. kalau pergi masjid sedekahh la kt tabung p. niat betul betul

3. okay seterusnya ni tips yang aku susah nk buat. aku pon kadang kadang leka. siapkan homework. sebab aku ada jgk time x siap tutorial sbb busy jgn aktiviti kolej. aktiviti kolej join la.. tpi jgn smpai takde masa nak study

4. Kalau hari minggu pulak aku keluar je outing ngn member... tpi sehari je kan outing.. sehari lagi buat la revision or self-study untk korang jgk.. ingt matrik ni 10bulan jee... 

5. Hormat lecturer korang.. even yang tak ngajar pon.. kalau tak paham jgn malu nk tanya lecturer.. lecturer akan marah kalau korang x tanya dia.. kalau kelas korang cancel pagi jgn sambong tido or naik ke asrama. time tu la kita nk tnya lecturer yg kita x faham apa yg belajar.. serius aku cakap aku masuk kuliah bio kimia mmg x paham 10% je masuk... kalau kelas habis awal pergi ke kubik lecturer korang.. dh la sejuk ada aircond.. tpi jgn dibuai mimpi sudah..

6. ptg ptg keluar la riadah, naik basikal... main bola futsal... no problm.. janji malam ada masa nk revise... 

7. sem mula mula ni kurangkan waktu lepak di cafe tiap malam sbb korang mungkin x biasa lagi life di matrik... sebab takut culture shock jeee... bila dh dpt adapt xpe la... 

8. pastu jgn malu nk tanya kawan korang yang pandai ttg topic tu.. buat study group.. tpi aku lebih kpd study sendiri... 

another tips yang aku nak kongsikan tentang cara aku belajar adalah aku belajar dalam youtube. bila lecturer yang aku nak jumpa tu takde kt kubik or aku naik bilik awal sebab penat so malas nak turun ke kubikel. 
aku akan belajar dalam Youtube. so aku nak suggest la beberapa channel yang bantu aku sepanjang 2 semester aku di Matrik. bagi aku la belajar dalam youtube ni kelebihan dia kau boleh ulang subjek and topic tu smpai faham. 
subjek yang aku belajar pakai youtube macam subjek Chemistry dan Mathematics. 
Kalau math tu memang aku akan tgok video sebab lecturer yg ajar kuliah aku selalu ada kelas masa aku free. so bila aku lost topic tu dalam kuliah tgok video kt youtube 

Comments